Thursday 29 December 2011

Eksperimen Air dan Tumbuhan

Posted by sakura at 19:22 0 comments
Adakah tumbuhan minum?
Ya, tumbuhan minum kerana tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

Bagaimana?
Untuk membuktikan tumbuhan itu minum atau tidak, kita mestilah membuat uji kaji mengenai tumbuhan tersebut untuk mendapatkan bukti yang mengatakan bahawa tumbuhan minum. Oleh itu, saya telah membuat eksperimen dengan mencatatkan beberapa pemerhatian.


Eksperimen 8
Tujuan : Mengkaji bahawa tumbuhan memerlukan air atau tidak.
Bahan - bahan yang di perlukan : batang saleri, garam, gula, air
Alatan : dua gelas kaca, pisau
Cara-cara :
  1. Potong batang saleri daripada bahagian bawah kepada 2 bahagian. Pastikan tidak terbelah semua hingga ke atas.
  2. Tandakan botol dengan huruf A dan satu lagi dengan huruf B
  3. Masukkan 2 sudu besar garam dalam gelas A dan 2 sudu besar gula dalam gelas B
  4. Satu bahagian saleri di rendam dalam gelas A dan satu lagi dalam gelas B


 

Kemudian, biarkan selama 6 jam.

Setelah 6 jam, potong  kedua -dua bahagian bawah batang saleri. Kemudian rasa dengan lidah.

Kesimpulan :
Batang saleri dalam botol A terasa masin dan batang saleri dalam botol bahagian B terasa manis.
Hal ini kerana batang saleri itu telah di rendamkan ke dalam air garam dan air gula. Air garam dan air gula telah meresap ke dalam batang saleri tersebut.  Jelaslah di sini bahawa tumbuhan minum air kerana tumbuhan memerlukan air.

FLASH CARD PROJECT

Posted by sakura at 18:35 0 comments

 Question   :  What it is ?
     Answer   :  It is a panda



Question  :  What colour is this panda ?
       Answer  :  This panda is black and white




            Question   :  What does a panda like to eat ?
Answer   :  A panda eats bamboos



                                                    Question  :  How does the panda move
                                                      Answer   :  It is crowls




                                           Question   : What does the panda come from ?
                                              Answer   : Panda come from China




Wednesday 28 December 2011

LAWATAN KE TAMAN RAMA - RAMA

Posted by sakura at 06:08 0 comments

Pada 26 Oktober, saya dan dua orang rakan telah mengadakan lawatan ke taman rama-rama  yang terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Lawatan ini adalah sebahagian daripada tugasan untuk subjek awal sains untuk semester ini. Kami bertolak pada pukul 11 pagi dengan menaiki kereta. Bagi melancarkan lagi proses perjalanan, kami telah membawa seorang rakan yang tahu tentang selok belok jalan ke taman ini. Jika tidak berbuat demikian sudah pasti kami tersesat kerana kami tidak arif dengan jalan di sini. Kami tiba di sana pada pukul 12.30 tengah hari.

Kemudian, kami sampai di tempat yang di tujui. Kami meletakkan kenderaan dan bergegas ke tempat membeli tiket kerana pada hari itu cuaca agak mendung. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM10 seorang. Waktu tempat ini beroperasi adalah dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Kami masuk dengan perasaan yang teruja. Pemandangan taman sungguh cantik kerana kelihatan seperti sebuah taman yang asli. Terdapat pelbagai- bagai pohon tinggi dan pokok bunga yang cantik di tambah pula dengan rama-rama yang berterbangan dengan kepaknya yang unik dan bewarna- warni. Jaring yang meliputi di bahagian atas pokok bertindak sebagai sangkar kerana rama-rama tidak boleh terbang keluar. Kami menangkap gambar dan mencatat beberapa maklumat untuk menyiapkan laporan projek ini. Setelah penat mengelilingi sekitar taman. Kami pulang pada jam 2 petang. Kami berasa sangat seronok  kerana pengalaman pertama kami ke sini mendapat banyak manfaat .

Ketika kami di taman rama-rama


Jaring sebagai sangkar


PERSEDIAAN AWAL

Peta lokasi

Tiket


KITARAN HIDUP RAMA - RAMA

Pada peringkat pertama, telur rama-rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain-lain struktur mikroskopik. Rama-rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek-objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas. Rama-rama tidak begitu kisah tentang dimana telurnya perlu diletakkan kerana beluncasnya tidak memilih jenis daun yang hendak dimakan. Kebiasaannya rama -rama dan kupu-kupu bertelur di bawah permukaan daun bertujuan untuk melindungi telur mereka dari terik cahaya matahari dan hujan. Selepas lebih kurang seminggu, warna telur akan berubah menjadi lebih gelap. Sebelum ianya menetas, kepala beluncas akan mula kelihatan melalui kulit telurnya tersebut dan keluar melaluinya. Ia kemudian akan memakan kulit telur tersebut sebagai makanan pertamanya kerana kulit telur tersebut mengandungi banyak nutrien yang ia perlukan.
Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok-tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan-akan duri-duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Pada peringkat ini beluncas mula memakan tumbuhan pemakanannya. Kadar pemakanan beluncas bertambah dengan begitu cepat berkadar dengan tumbesaranya. Disebabkan kulit beluncas tidak mampu membesar selaras dengan badannya, maka beluncas terpaksa melalui proses bersalin kulit. Untuk proses persalinan kulit, beluncas akan memberhentikan proses pemakanannya dan mula menghasilkan satu lapisan bebenang yang halus pada permukaan daun. Kulit yang asal akan pecah pada bahagian belakang kepala dan dengan daya yang kuat serta sokongan kaki belakang yang terlekat itu maka kulit tersebut ditolak keluar. Kulit yang baru telah sedia terbentuk.
Sampai ke tahap akhir, ianya kan mula merayau-rayau mencari tempat yang sesuai untuk menghasilkan sarung pupa. Apabila sudah sesuai beluncas akan menyalin kulitnya bagi membentuk pupa dan tinggal didalam sarung puparnya itu. Didalam pupa satu proses amat menakjubkan sedang berlaku dimana beluncas yang hodoh sedang bertukar menjadi rama-rama yang besar dan cantik. Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu-tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran. Sebelum keluar dari sarang pupanya, sejenis bahan kimia dikeluarkan untuk menghancurkan segala tisu yang menghubungkan rama-rama kepada sarung pupanya. Sarung pupa ini kemudiannya akan pecah dan rama-rama akan merangkak keluar melalui satu saluran pada pupanya.
Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama-rama atau kupu-kupu yang berwarna-warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama-rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama-rama atau kupu-kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.


Telur

Ulat beluncas

Kepompong

Rama-rama


Friday 21 October 2011

Awal sains kanak-kanak

Posted by sakura at 16:26 0 comments
Kanak-kanak sememang berminat mempelajari berhubung alam kehidupan mereka. Bagi mereka, dunia dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik dan penuh misteri yang perlu diterokai dan difikirkan . Mereka bukan sahaja berminat  dengan alam semula jadi malah hasilan teknologi yang diguna dalam kehidupan seharian seperti televisyen , komputer, telefon dan segala macam alat yang canggih lagi menakjubkan turut menarik minat dan perhatian . Justeru kanak-kanak tidak perlukan rangsangan atau motivasi bagi mempelajri sains . Bersesuaian dengan keinginan mereka menyelidik , mengetahui dan memahami, kanak-kanak memang suka dan sering bertanya :

"Sebab apa hujan turun?"
"Kenapa baju masih lembap walaupun sudah dijemur?"
"Sebab apa air laut warna biru?"
"Sebab apa magnet melekat dipintu peti sejuk?"
"Sebab apa sabut timbul dan batu tenggelam?"

Di sekeliling kita memang terdapat berbagai-bagai fenomena yang memerlukan penjelasan supaya dapat difahami. Soalan-soalan yang berkaitan fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan seharian membuka ruang bagi kanak-kanak meneroka alam sekeliling mereka dalam proses mendapatkan jawapan sekali gus membina kefahaman dan menguasai kemahiran.

 Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri , seperti meniup belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan yang membuat binaan asas yang tidak stabil . Peluang-peluang mempelajari sians terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contoh nya, di dapur , di kawasan  sekolah, di tepi kolam, sungai dan laut, di zoo dan juga dengan alat permainan yang disediakan . Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami fenomena yang terdapat disekeliling mereka. Sains dapat kita takrif sebagai ilmu yang mebolehkan kita menerang dan memahami tabii alam. Seperti bidang lain , sains mengandungi tiga aspek iaitu , kognitif, konatif dan afektif.  Perkembangan kognitif adalah berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman konsep-konsep saintifik . Aspek kogniitif memberi tumpuan  pada perkembangan amali atau kemahiran saintifik. Perkembangan afektif pula melibatkan aspek perkembangan emosi, sosial , budaya dan juga moral.


Contoh Aktviti Awal Sains :

 Tema : Tumbuh-tumbuhan
Hasil pembelajaran : 1. Memerhati dan merekodkan pemerhatian 
                                2. Membanding dan membezakan hasil pemerhatian
                                3. Menerangkan pemerhatian yang dilakukan
Bahan: 1. Kacang hijau
           2. Kulit telur / sangkar telur plastik/ kotak minuman
           3. Kapas atau tisu
           4. Kertas graf
           5. Pembaris

Langkah-langkah :
1. Sediakan kulit telur/ sangkar telur plastik/ kotak minuman susu segar.
2. Isikan kapas/ tisu
3. Masukkan 5 biji kacang hijau
4. Siram dengan sedikit air sehingga tisu basah/ kapas basah pertumbuhan kacang hijau tersebut
5. Buat pemerhatian setiap hari tentang pertumbuhan kacang hijau tersebut
6. Rekodkan pertumbuhan pokok dengan melukis pokok tersebut.
7. Rekodkan pertumbuhan ketinggian setiap hari dalam kertas graf..


Aktiviti 2 :

Tema : Serangga
Tajuk : Kitaran Hidup Rama-Rama
Hasil pembelajaran : 1. Memerhati dan merekodkan pemerhatian
                                2. Membuat  perbandingan dan membezakan hasil pemerhatian
                                3. Menerangkan pemerhatian yang dilakukan

Bahan : Poster kitaran hidup rama-rama

Langkah-langkah :

1. Murid menyanyikan lagu 'dari ulat jadi kepompong' sambil membuat pergerakan ulat , kepompong da rama
2. Guru bercerita tentang rama-rama -warna , makanan , habitat, kitaran idup rama-rama .
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kitaran hidup rama-rama
4. Dari telur menjadi ulat, kemudian menjadi kepompong , dari kepompong menjadi rama-rama,

Lagu Rama-Rama

Dari ulat jadi kepompong
Ia tidur dalam kelongsong
Bila waktu kepompong pecah
Jadi rama-rama yang indah

Rama-rama terbang melata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di kebun bunga
Tapi ia tak hidup lama


Dalam pembelajaran sains , kanak-kanak membina sendiri kefahaman mereka melalui penglibatan dalam aktiviti hands -on . Kanak-kanak tidak belajar sains dengan hanya mendengar penjelasan daripada guru . Mereka perlukan pengalaman sains yang konkrit bagi menghayati nilai-nilai murni yang relevan dalam sains . Melalui aktiviti amali dan eksperimen , kanak-kanak mampu mengingat lebih lama lagi bahan yang dipelajari. Penerokaan saintifik juga membantu memperkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mengenal pasti akibat , menyusun dan mengelas. Penerokaan awal ia menjadi asas pada pembelajaran sains seterusnya. Keupayaan menyelesaikan masalah melalui cuba-jaya adalah penting dan perlu dalam sains dan dalam membina keyakinan diri kanak-kanak. Justeru , adalah penting guru-guru menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dalam sains.
 

sakura Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Distribution by New Blogger Templates