Friday 21 October 2011

Awal sains kanak-kanak

Posted by sakura at 16:26 0 comments
Kanak-kanak sememang berminat mempelajari berhubung alam kehidupan mereka. Bagi mereka, dunia dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik dan penuh misteri yang perlu diterokai dan difikirkan . Mereka bukan sahaja berminat  dengan alam semula jadi malah hasilan teknologi yang diguna dalam kehidupan seharian seperti televisyen , komputer, telefon dan segala macam alat yang canggih lagi menakjubkan turut menarik minat dan perhatian . Justeru kanak-kanak tidak perlukan rangsangan atau motivasi bagi mempelajri sains . Bersesuaian dengan keinginan mereka menyelidik , mengetahui dan memahami, kanak-kanak memang suka dan sering bertanya :

"Sebab apa hujan turun?"
"Kenapa baju masih lembap walaupun sudah dijemur?"
"Sebab apa air laut warna biru?"
"Sebab apa magnet melekat dipintu peti sejuk?"
"Sebab apa sabut timbul dan batu tenggelam?"

Di sekeliling kita memang terdapat berbagai-bagai fenomena yang memerlukan penjelasan supaya dapat difahami. Soalan-soalan yang berkaitan fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan seharian membuka ruang bagi kanak-kanak meneroka alam sekeliling mereka dalam proses mendapatkan jawapan sekali gus membina kefahaman dan menguasai kemahiran.

 Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri , seperti meniup belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan yang membuat binaan asas yang tidak stabil . Peluang-peluang mempelajari sians terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contoh nya, di dapur , di kawasan  sekolah, di tepi kolam, sungai dan laut, di zoo dan juga dengan alat permainan yang disediakan . Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami fenomena yang terdapat disekeliling mereka. Sains dapat kita takrif sebagai ilmu yang mebolehkan kita menerang dan memahami tabii alam. Seperti bidang lain , sains mengandungi tiga aspek iaitu , kognitif, konatif dan afektif.  Perkembangan kognitif adalah berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman konsep-konsep saintifik . Aspek kogniitif memberi tumpuan  pada perkembangan amali atau kemahiran saintifik. Perkembangan afektif pula melibatkan aspek perkembangan emosi, sosial , budaya dan juga moral.


Contoh Aktviti Awal Sains :

 Tema : Tumbuh-tumbuhan
Hasil pembelajaran : 1. Memerhati dan merekodkan pemerhatian 
                                2. Membanding dan membezakan hasil pemerhatian
                                3. Menerangkan pemerhatian yang dilakukan
Bahan: 1. Kacang hijau
           2. Kulit telur / sangkar telur plastik/ kotak minuman
           3. Kapas atau tisu
           4. Kertas graf
           5. Pembaris

Langkah-langkah :
1. Sediakan kulit telur/ sangkar telur plastik/ kotak minuman susu segar.
2. Isikan kapas/ tisu
3. Masukkan 5 biji kacang hijau
4. Siram dengan sedikit air sehingga tisu basah/ kapas basah pertumbuhan kacang hijau tersebut
5. Buat pemerhatian setiap hari tentang pertumbuhan kacang hijau tersebut
6. Rekodkan pertumbuhan pokok dengan melukis pokok tersebut.
7. Rekodkan pertumbuhan ketinggian setiap hari dalam kertas graf..


Aktiviti 2 :

Tema : Serangga
Tajuk : Kitaran Hidup Rama-Rama
Hasil pembelajaran : 1. Memerhati dan merekodkan pemerhatian
                                2. Membuat  perbandingan dan membezakan hasil pemerhatian
                                3. Menerangkan pemerhatian yang dilakukan

Bahan : Poster kitaran hidup rama-rama

Langkah-langkah :

1. Murid menyanyikan lagu 'dari ulat jadi kepompong' sambil membuat pergerakan ulat , kepompong da rama
2. Guru bercerita tentang rama-rama -warna , makanan , habitat, kitaran idup rama-rama .
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kitaran hidup rama-rama
4. Dari telur menjadi ulat, kemudian menjadi kepompong , dari kepompong menjadi rama-rama,

Lagu Rama-Rama

Dari ulat jadi kepompong
Ia tidur dalam kelongsong
Bila waktu kepompong pecah
Jadi rama-rama yang indah

Rama-rama terbang melata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di kebun bunga
Tapi ia tak hidup lama


Dalam pembelajaran sains , kanak-kanak membina sendiri kefahaman mereka melalui penglibatan dalam aktiviti hands -on . Kanak-kanak tidak belajar sains dengan hanya mendengar penjelasan daripada guru . Mereka perlukan pengalaman sains yang konkrit bagi menghayati nilai-nilai murni yang relevan dalam sains . Melalui aktiviti amali dan eksperimen , kanak-kanak mampu mengingat lebih lama lagi bahan yang dipelajari. Penerokaan saintifik juga membantu memperkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mengenal pasti akibat , menyusun dan mengelas. Penerokaan awal ia menjadi asas pada pembelajaran sains seterusnya. Keupayaan menyelesaikan masalah melalui cuba-jaya adalah penting dan perlu dalam sains dan dalam membina keyakinan diri kanak-kanak. Justeru , adalah penting guru-guru menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dalam sains.
 

sakura Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Distribution by New Blogger Templates